Thursday, November 16, 2006

Marhaban 2006 - malam ke 1








Selamat Datang

Assalamualaikum,

Untuk makluman, blog ini dibangunkan sebagai alternatif penyampaian maklumat kepada semua penduduk Islam kawasan perumahan Jalan Pulai Bistari, Bandar Baru Kangkar Pulai, 81110 Johor Bahru, Johor.

Taman ini mula diduduki pada tahun 2003 dengan penduduk Islam pada masa itu lebih kurang 30 keluarga. Kini, mengikut statistik Marhaban Aidilfitri 2006, keluarga Islam di taman ini telah mencecah kepada 70 keluarga Islam, menjadi satu semangat untuk kami AJK Badan Kebajikan Penduduk Islam Pulai Bistari, meneruskan kerja2 kebajikan dan ukhwah demi mengeratkan lagi hubungan sillaturRahim sesama kita.

Agenda besar yang sedang dilakukan sekarang adalah usaha untuk membangunkan sebuah surau di kawasan perumahan ini. AlhamduliLLah, sempena aktiviti marhaban dan ziarah sempena Aidilfitri 2006, kita telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM2221.30, dana pertama yang berjaya dikumpulkan untuk maksud pembangunan surau tersebut. InsyaAllah, selepas ini usaha yang lebih akan kita jalankan bersama agar kewujudan surau di Pulai Bistari menjadi kenyataan.


Razman MM
7, Jalan Pulai Bistari 7.
0137021347