Blog ini dibangunkan sebagai alternatif penyampaian maklumat kepada semua penduduk Islam kawasan perumahan Jalan Pulai Bistari, Bandar Baru Kangkar Pulai, 81110 Johor Bahru, Johor.
Perumahan Jalan Pulai Bistari, BBKP mula diduduki pada tahun 2003 dengan kapasiti penduduk Islam pada masa itu lebih kurang 30 keluarga. Mengikut statistik terkini, keluarga Islam di taman ini telah melebihi 100 keluarga Islam, menjadi satu semangat untuk kami AJK Pertubuhan Kebajikan Penduduk Islam Pulai Bistari, meneruskan kerja2 kebajikan dan ukhwah demi mengeratkan lagi hubungan sillaturRahim sesama kita.
AlhamduliLLah, agenda pembinaan surau telah terlaksana, secara rasmi, surau al-Taqwa BBKP telah dapat digunakan pada 28/8/08. Tahniah untuk semua yang terlibat, semoga ada bahagian tuan/puan di Akhirat nanti.. Ameen