Tuesday, April 1, 2008

Mesyuarat Agung PKPIPB Ke 3 (25/3/08)

AlhamduliLLah, pada 25/3/2008 lalu telah diadakan Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Penduduk Islam Pulai Bistari Kali Ke 3 yang telah diadakan pada jam 9.00 malam bertempat di Balai Gerakan, Jalan Pulai Bistari 8.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Pertubuhan yang telah dilantik pada mesyuarat tersebut:
1. Pengerusi - Khairul A'zmi bin Nordin
2. Timbalan Pengerusi - Abd Fattah bin Abu Bakar
3. Setiausaha 1 - Razman bin Mohd Maulot
4. Setiausaha 2 - Abd. Jamal bin Abd Samad
5. Bendahari - Fahrurazi bin Samad
6. AJK 1 - Wagiman bin Edris
7. AJK 2 - Nazar bin Musidee
8. AJK 3 - Atemen bin Russ
9. AJK 4 - Rahmat bin Abu Bakar
10. AJK 5 - Hussin bin Abd. Rahman

Pada mesyuarat tersebut juga telah diedarkan borang keahlian/kemaskini maklumat ahli. Untuk ahli kariah yang belum menghantar borang tersebut yang telah diisi, sila berhubung dengan Razman (7 JPB 7 ~ HP:0137021347) .

Makluman Yuran:
1. Yuran Pendaftaran (1 kali seumur hidup) = RM50.00 sekeluarga (suami + isteri)
2. Yuran bulanan/tahunan = RM4.00/sebulan @ RM48.00 setahun (suami + isteri)

Sumbangan Kebajikan: -
1. Khairat Kematian;
- RM600.00 (ahli/isteri/anak/ibu/bapa yang meninggal di rumah ahli)
- RM300.00 (ibu/bapa ahli yang meninggal bukan di rumah ahli)
2. Kelahiran - RM50.00
3. Masuk Hospital (wad > 3 hari) - RM50.00
4. Sakit Kritikal / Musibah - RM200.00

Usul telah dipersetujui:
1. Penyediaan Tabung Dana Qurban - terbuka kepada ahli kariah. (RM50.00 sebulan x 8 bulan)
2. Bacaan Yassin rumah ke rumah (sebulan sekali-khamis minggu pertama) - Akan dimulai pada malam 3/4/08 di rumah Pak Man

Ingin mendaftar sebagai ahli?