Assalamualaikum WRT.,
Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Taqwa, Pulai Bistari, Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor Bahru, amat mengalu-alukan sumbangan derma bagi menambah dana pembinaan surau yang dijangka boleh digunakan sebelum Ramadhan 2008 menjelang tiba.
Status pembinaan jalan susur ke surau
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Muamalat Berhad (No Akaun: 0102-0004112-71-7 [Boleh klik dihujung jari melalui Maybank2u Interbank Funds Transfer -CONTOH]) atau hantar cek atas nama "SURAU AL TAQWA PULAI BISTARI". (d/a; Pertubuhan Kebajikan Penduduk Islam Pulai Bistari, No. 37, Jln Pulai Bistari 7, Bandar Baru Kangkar Pulai, 81110 Johor Bahru, Johor, Malaysia)Sesiapa yang ingin berjariah dengan membeli lot Wakaf Dana Infaq Surau Al-Taqwa, sila berhubung terus dengan pengerusi/setiausaha/bendahari/ajk. Jualan Lot Wakaf Dana Infaq dijual dengan harga RM100/lot. Dapatkan pamplet penerangan berkenaan sumbangan Dana Infaq di sini --> Pamplet Dana Infaq
Makluman
Ahli Kariah Pulai Bistari digalakkan untuk bersama-sama ajk pada setiap malam selasa selepas isyak bertempat di Balai Gerakan Jalan Pulai Bistari 8 untuk mendengar perkembangan terkini pengumpulan dana pembinaan surau al Taqwa.
Semoga pertemuan pada setiap malam selasa akan menambahkan kemesraan dan kekuatan ikatan ukhuwah sesama kita.
Mesyuarah yang diadakan setiap malam selasa
Nota; AlhamduliLLah, peruntukkan telah diperolehi dari Pejabat Menteri Besar sebanyak RM250,000.00. Baki kewangan pembinaan surau sehingga mesyuarat pada 5/8/2008 setelah ditolak pembayaran berperinkat kepada kontraktor adalah berjumlah RM227,519.00
Kariah tempatan bersama ahli dari MAIJ semasa urusan menentukan arah Qiblat
Maklumat lanjut; Hubungi:-
-Penasihat; 0197435108 (Ustaz Mohd Ismail b. Mustari)
-Pengerusi; 0197111987 (Khairul A'zmi)
-Setiausaha; 0137021347 (Razman)
Ingin Menjadi Ahli Pertubuhan Kebajikan Penduduk Islam Pulai Bistari?
Dapatkan Borang Keahlian Pertubuhan Di sini
11 comments:
try
Semoga Pulai Bistari Aman dan Damai, kehidupan kejiranan yang mesra dan sentiasa bertegur sapa.
Pasaraya Bistari ok harganya, restoran asam pedas baru, sedap dan murah makanannya..
Surau yang bakal dibina Insyaallah akan menjadi satu2nya surau yang mudah dilihat dan mengundang keinginan muslim/muslimah menunaikan solat dalam perjalanan di antara skudai ke pekan nenas. InsyaAllah pahala yang tidak putus untuk tuan yang sudi menderma..
semoga dengan adanya surau ini penduduk di pulai bistari akan bertambah erat hubungannya dan beramah mesra selalu...
bleh saudara terangkan lebih lanjut tentang Lot Wakaf Dana Infaq yang dijual dengan harga RM100/lot itu..
Berkenaan lot dana infaq, sila dapatkan pamplet penerangan di http://blog.fke.utm.my/~razman/surauBBKP/ .
Terima kasih
Nak mengenali bakal ahli Parlimen Gelang Patah? sila lawati http://keadilangelangpatah.blogspot.com/
Undilah menggunakan akal yang waras, lihat kredibiliti calon..
Bertambah maju Pulai Bistari akan datang, tambahan ada Pejabat Pos yang akan beroperasi tak lama lagi. Ini sekaligus dapat memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan pembayaran bil bagi penduduk Pulai Bistari
AlhamduliLLah, usaha yang bagus. Marilah kita bersama-sama menyumbang kerana ALLAH.
Tahniah AJK Surau. Bekerjalah dengan ikhlas demi menegakkan syiar Islam. Allahu Akbar.
Post a Comment